227 klinik kesihatan (KK) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sarawak akan dinaik taraf secara berperingkat.<br /><br />Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu sudah dibincangkan bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semasa mesyuarat Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) Khamis lalu.
